Posts

Harapan Hadir dan Berlalu

Sahabat datang dan pergi, harapan hadir lalu berlalu. Demikianlah lumrah dunia, tiada yang kekal melainkan Yang Maha Kekal. Namun yang pasti,  usia berbaki hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya, menghabiskan sisa waktu dengan amal dan manfaat, menabur kebaikan, mencari keberkatan, sebagai bekalan menuju negeri yang abadi. — 0805, 12 September 2026 Masjid Pakistan, Kota Bharu, Malaysia. 

KEMBALI KE DINDING KONTENA

Di hujung hari, mentari pun condong, Langkahku pulang menjejak bayang, Di tengah hening tapak terbentang, Kembali aku ke dinding kontena yang senyap memandang. Peluh di dahi belum kering, Tangan masih bau tanah dan besi, Namun di sinilah segala bermula, Antara peta, aras, dan mimpi yang tinggi. Kontena ini bukan sekadar tempat rehat, Ia dinding diam yang menyimpan cerita, Tentang koordinat yang tidak menipu, Dan garis sempadan yang kami cipta. Ada teh suam dan paku bersepah, Fail bertimbun bersama laporan kasar, kami penanda arah masa depan yang bersinar. Tiupan angin menyapa sepi, Kertas pelan bergetar di meja kayu, Di balik pintu berkarat ini, Tersimpan tekad, walau dunia tak tahu. Kembali ke dinding kontena saban senja, Bukan satu mundur, tapi satu makna, Bahawa kerja ini bukan sekadar gaji, tapi khidmat kepada tanah, dan negeri. Semoga titisan peluh di pasir pantai ini memberi manfaat untuk generasi mendatang.  Pantai Geting, Malaysia.  9 Ogos 2025

Damai yang Hilang, Damai yang Kembali

Setelah dua puluh satu tahun meniti hari di kota bernoda, kini aku memilih untuk menyepi, merehatkan jiwa, menghitung detik yang masih bersisa. Di sinilah aku akan kekal, di bumi yang sering dipandang mundur, namun menyimpan damai yang tak terucap. Betapa mahal harga sebuah pagi, saat dibangunkan oleh kokokan ayam, disambut kicauan burung, dipeluk sejuk bayu laut, dan disimbah cahaya fajar yang bening. Semua ini, lebih bererti daripada kembali melangkah ke kota yang hilang sukmanya.

Update September 2018

Image

BINA RUMAH SENDIRI : MERATAKAN TANAH

Image
Kerja-kerja meratakan tanah amat mudah dengan menggunakan backhoe. Biasanya masa yang diperlukan untuk meratakan tanah berkeluasan 6000kaki persegi hanyalah memakan masa 2 Jam. Untuk menjimatkan tempoh sewaan backhoe pengguna perlu meletakkan penanda setakat mana kawasan yang ingin diratakan dan aras ketinggian yang diperlukan. Kita hendaklah membuat kajian dan interaksi dengan penduduk setempat mengenai kawasan ketinggian yang mana yg tidak pernah ditenggelami air semasa banjir. Peranan Surveyor diperlukan dengan meletakkan aras tersebut ke kawasan tanah kita. Kayu2 penanda penting bagi memastikan operator backhoe sentiasa berada dalam kawalan. Berdasarkan pengalaman, aras hendaklah di lebihkan sebanyak 0.150m (setengah kaki) kerana kemungkinan pergerakan backhoe akan memendapkan tanah tersebut. Jika dilebihkan kita akan mendapat aras yg kita inginkan. Contoh: Aras yang diperlukan 3.600m Penanda aras ditapak  3.750m Kos meratakan tanah dalam kes ini hanya RM 250 ...

BINA RUMAH SENDIRI : MENGURUS PENAMBAKAN TANAH ANDA

Image
Untuk kes tanah yang tidak diyakini ketinggian dan berkemungkinan berhadapan dengan situasi banjir. Antara langkah yang perlu dilakukan sebelum melakukan penambakan diatas tanah ialah seperti berikut : Membuat ukuran aras atau topografi untuk mengetahui status ketinggian tanah anda. Anda boleh menggunakan khidmat f reelance surveyor utk menjimatkan kos. Minta  surveyor  membuat rujukan aras (ketinggian) kepada kawasan yang tidak mengalami banjir atau naik air. Pengiraan jumlah isipadu tanah yang diperlukan boleh dikira setelah mendapat perbezaan ketinggian aras tanah anda dan aras rujukan tadi. Contoh : Keluasan Tanah 550m2 (meterpersegi), beza ketinggian dengan aras rujukan ialah 0.382m : 550 x 0.382 = 210.1m3 Lori enam tayar mampu bawa 7m3 pasir setiap trip, Harga semasa pasir (RM120/Trip) (Harga Pantai Timur) 210.1m3/7m3 = 30.014 = 30 Lori RM120 x 30 = RM 3600 Kesimpulannya, kos RM3600 diperlukan untuk penambakan bergantung kepada harga semasa tempat tersebu...

Design Your Own House

Image
As a non-designer background, you can use http://www.homestyler.com to design your own house. Just proceed to the link, create your new account and create your own design. This is a free version cloud software and the most important thing is how to extract your design content..surprisingly the content can be exported to drawing and png version...credited to Easyhome Below are my propose 1 1/2 strorey house using homestyler before submit to the professional architect for plan approval.   Ground Floor   Mezzanine Floo r
3 bulan lepas nyaris2 terlanggar budak kecik, sebulan lepas aku terlanggar biri2, tergolek dan terus mati.. 2 minggu lepas cermin belakang keta kampeni yg aku bwk pecah kena serpihan batu dr org mesin rumput tu.. sengal punya MPKB...harap2 bulan ni xder apa yg berlaku. dah 2 minggu dah turun site sbb hujan. dah 2 minggu duk opis main internet...

Pokok

Bagaimana utk jadikan diri kita yg hina ini senantiasa bersedekah. Bkn utk dunia tp untuk bekalan di akhirat kelak. Makhluk bernama manusia hanya berkejar-kejar pada wang dan harta duniawi. Aku juga terkadang merasa begitu, sehingga terlupa pada tujuan asal aku dihidupkan. ini semua kerana lumrah kehidupan dialam ini yg menjurus pada duniawi.. Principal Cast Y.A.B. Nik Abdul Aziz Nik Mat Executive Producer Packet One Networks Producer Pete Teo Director Amir Muhammad DOP Shan Editor Azharr Rudin Sound Hardesh Singh Post Audio The Ark Studios Translation Copyleft Studio http://15malaysia.com/films/the-tree/

Selamat Hari Guru.

Hari ini aku menghantar mesej pesanan ringkas pada bekas supervisor dan pensyarah semata- mata ingin mengucapkan selamat hari guru.. entah mengapa hatiku tersentak dan aku merasakan pengorbanan mereka terhadap ku amat berharga.. Ternyata aku telah diberi semangat kembali untuk terus menggenggam ranting-ranting yang kuharap membawa ke satu pintu yang mana dapat ku gapai bunga-bunga kejayaan.. Agar dapat ku jadikan sebagai benih untuk memulakan satu empayar.

Suara dari Dinding Kontena...

Inilah kali pertama aku menjalankan kerja2 pengukuran di tapak binaan.. terasa asing bagiku sebaik tiba disini.. asing kepada kerja2 disini.. asing kepada situasi kerja.. dan akhir sekali penuh dengan warga2 asing yang mencari nafkah di perantauan.. sesekali terdetik dari dalam sanubariku untuk pulang ke kampung halaman.. tetapi keadaan masih enggan membenarkan... tampak satu laluan yang sukar dan perit bagiku untuk memulakan kareer.. sebagai Pegawai Ukur Binaan.. kuharap pengorbanan ini mengajar aku arti penghidupan...

Politik Islam

Semasa penjajah mencemarkan cengkamannya dan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, satu agenda yang diusahakan oleh mereka itu ialah melenyapkan apa yang disebut politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat islam, bahkan kalau dapat ibadat pun hendak dilenyapkannya. Tetapi oleh kerana usaha untuk melenyapkan Islam di peringkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik islam mereka lenyapkan perlahan-lahan, tetapi untuk dihapuskan habis-habisan dalam jangkamasa panjang.... Petikan 'Kemuncup Dalam Perjuangan' - TGNA

Hala Tuju

Biar mereka mencari hala tika berada dalam kesesatan. Umpama kemuncup yang terlekat di kaki seluar sambil berlari kearah kegelapan. Kemuncup itu tidak berganjak dari kain yang disulam menanti untuk disentap. Mengapa masih meneruskan sesuatu yang pastinya tidak pasti. Seharusnya mencari sisa sisa peluang yang ada untuk keluar dari belenggu kecelakaan ini....

Makkal Sakthi

Sagodre sagodre ale... Ended at parliament influence by makkal sakthi. What is meant by makkal sakthi, in other word it means peoples power.Malay, chinese, indian, bajau and else putting their hope together in order to achive solidarity between others.

Kemaman

Perjalanan hari ini amat memenatkan..terima kasih pada rakan2 yg dapat menemaniku semata ingin mengikuti penilaian PAC ini terutama samsudin dan ropol.. Ia merupakan penilaian yg amat memeritkan zahir manusia normal.. Berdebat ala parlimen, perbincangan terbuka bersama peserta yg xtau mana asal usul, berdansa, lompat katak, pumping 'dengan izin' dan pelbagai aturcara yg tidak sepatutnya aku lakukan dikala aku masih waras.. Baru ku tahu begitu payah dan peritnya utk ke parlimen... Esok (12/12/08) bermulalah pemesongan jalan kareer aku untuk kali kedua.. pemesongan pertama sejurus Diploma.

Cara berpakaian yang sewajarnya

Image
Allah S.W.T. berfirman: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan merek...

SELAMAT HARI LAHIR

Image
Hari ini 16.11.2008... Kau senantiasa memberi inspirasi dan smangat.. motivasi diri yg xputus pada ku.. walaupun kdg2 mendengar leteran membinamu.. aku tetap mnjadi pendengar yg setia.. Selamat Hari Lahir.. Isteriku yg tercinta.. Elyeana..

ABSTRACT

Genarating DEM(Digital Elevation Model) is critical for the beginners if they fail to understand the module. General problem that faced by the users are difficult to understand the steps in generating DEM since the data came from the various format. For an example, generating DEM using ARCGIS sotfware need some data manipulation depends on the based data. It is difficult for unexperience user to alter the step while manipulating data. ARCGIS module conversion funtion available on ARCMAP but ARCGIS viewing DEM in ARCSCENE. ARCSCENE environment must be execute to view the model and at the same time the TIN (Triangular Irregular Network) surface loaded behind the image or grid. The same steps are use in generating DEM using ARC/INFO Worstation. ARC/INFO Workstation is the module from ESRI offer the equal function as ARCGIS. Since ARCGIS became a popular software in GIS industry, ARC/INFO Workstation was left behind. Inside ARC/INFO Workstation exist a processor which programming langua...

Arc Macro Language

oh..sungguh takkuduga.. pembentangan projek akhirku bertarikh 17 haribulan.. program aku masih tak keruan.. aku pikirkan ianya semudah membuka penutup pen.. tetapi berbelit belit umpama Kala Malam Bulan Mengambang.. hanya jika aku menyiapkannya mlm ini.. pasti dan pasti penulisanku belum bermula lagi.. hari hujan perlu berpayung.. tetapi berpayung tak semestinya pada hari hujan.

Kuharap engkau datang

Melangkah sendiri di tengah gelap malam Hanya untuk mencuri sinaran bintang Tak terasa waktu melewati hidup Tanda pagi menjelang mengganti malam