KEMBALI KE DINDING KONTENA
Di hujung hari, mentari pun condong, Langkahku pulang menjejak bayang, Di tengah hening tapak terbentang, Kembali aku ke dinding kontena yang senyap memandang.
Peluh di dahi belum kering, Tangan masih bau tanah dan besi, Namun di sinilah segala bermula, Antara peta, aras, dan mimpi yang tinggi.
Kontena ini bukan sekadar tempat rehat, Ia dinding diam yang menyimpan cerita, Tentang koordinat yang tidak menipu, Dan garis sempadan yang kami cipta.
Ada teh suam dan paku bersepah, Fail bertimbun bersama laporan kasar, kami penanda arah masa depan yang bersinar.
Tiupan angin menyapa sepi, Kertas pelan bergetar di meja kayu, Di balik pintu berkarat ini, Tersimpan tekad, walau dunia tak tahu.
Kembali ke dinding kontena saban senja, Bukan satu mundur, tapi satu makna, Bahawa kerja ini bukan sekadar gaji, tapi khidmat kepada tanah, dan negeri. Semoga titisan peluh di pasir pantai ini memberi manfaat untuk generasi mendatang.
Pantai Geting, Malaysia.
9 Ogos 2025
Comments