Posts

Showing posts from June 17, 2018

BINA RUMAH SENDIRI : MERATAKAN TANAH

Image
Kerja-kerja meratakan tanah amat mudah dengan menggunakan backhoe. Biasanya masa yang diperlukan untuk meratakan tanah berkeluasan 6000kaki persegi hanyalah memakan masa 2 Jam. Untuk menjimatkan tempoh sewaan backhoe pengguna perlu meletakkan penanda setakat mana kawasan yang ingin diratakan dan aras ketinggian yang diperlukan. Kita hendaklah membuat kajian dan interaksi dengan penduduk setempat mengenai kawasan ketinggian yang mana yg tidak pernah ditenggelami air semasa banjir. Peranan Surveyor diperlukan dengan meletakkan aras tersebut ke kawasan tanah kita. Kayu2 penanda penting bagi memastikan operator backhoe sentiasa berada dalam kawalan. Berdasarkan pengalaman, aras hendaklah di lebihkan sebanyak 0.150m (setengah kaki) kerana kemungkinan pergerakan backhoe akan memendapkan tanah tersebut. Jika dilebihkan kita akan mendapat aras yg kita inginkan. Contoh: Aras yang diperlukan 3.600m Penanda aras ditapak  3.750m Kos meratakan tanah dalam kes ini hanya RM 250 ...