3 bulan lepas nyaris2 terlanggar budak kecik, sebulan lepas aku terlanggar biri2, tergolek dan terus mati.. 2 minggu lepas cermin belakang keta kampeni yg aku bwk pecah kena serpihan batu dr org mesin rumput tu.. sengal punya MPKB...harap2 bulan ni xder apa yg berlaku. dah 2 minggu dah turun site sbb hujan. dah 2 minggu duk opis main internet...
Posts
Showing posts from 2009
Pokok
- Get link
- X
- Other Apps
Bagaimana utk jadikan diri kita yg hina ini senantiasa bersedekah. Bkn utk dunia tp untuk bekalan di akhirat kelak. Makhluk bernama manusia hanya berkejar-kejar pada wang dan harta duniawi. Aku juga terkadang merasa begitu, sehingga terlupa pada tujuan asal aku dihidupkan. ini semua kerana lumrah kehidupan dialam ini yg menjurus pada duniawi.. Principal Cast Y.A.B. Nik Abdul Aziz Nik Mat Executive Producer Packet One Networks Producer Pete Teo Director Amir Muhammad DOP Shan Editor Azharr Rudin Sound Hardesh Singh Post Audio The Ark Studios Translation Copyleft Studio http://15malaysia.com/films/the-tree/
Selamat Hari Guru.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini aku menghantar mesej pesanan ringkas pada bekas supervisor dan pensyarah semata- mata ingin mengucapkan selamat hari guru.. entah mengapa hatiku tersentak dan aku merasakan pengorbanan mereka terhadap ku amat berharga.. Ternyata aku telah diberi semangat kembali untuk terus menggenggam ranting-ranting yang kuharap membawa ke satu pintu yang mana dapat ku gapai bunga-bunga kejayaan.. Agar dapat ku jadikan sebagai benih untuk memulakan satu empayar.
Suara dari Dinding Kontena...
- Get link
- X
- Other Apps
Inilah kali pertama aku menjalankan kerja2 pengukuran di tapak binaan.. terasa asing bagiku sebaik tiba disini.. asing kepada kerja2 disini.. asing kepada situasi kerja.. dan akhir sekali penuh dengan warga2 asing yang mencari nafkah di perantauan.. sesekali terdetik dari dalam sanubariku untuk pulang ke kampung halaman.. tetapi keadaan masih enggan membenarkan... tampak satu laluan yang sukar dan perit bagiku untuk memulakan kareer.. sebagai Pegawai Ukur Binaan.. kuharap pengorbanan ini mengajar aku arti penghidupan...
Politik Islam
- Get link
- X
- Other Apps
Semasa penjajah mencemarkan cengkamannya dan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, satu agenda yang diusahakan oleh mereka itu ialah melenyapkan apa yang disebut politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat islam, bahkan kalau dapat ibadat pun hendak dilenyapkannya. Tetapi oleh kerana usaha untuk melenyapkan Islam di peringkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik islam mereka lenyapkan perlahan-lahan, tetapi untuk dihapuskan habis-habisan dalam jangkamasa panjang.... Petikan 'Kemuncup Dalam Perjuangan' - TGNA
Hala Tuju
- Get link
- X
- Other Apps
Biar mereka mencari hala tika berada dalam kesesatan. Umpama kemuncup yang terlekat di kaki seluar sambil berlari kearah kegelapan. Kemuncup itu tidak berganjak dari kain yang disulam menanti untuk disentap. Mengapa masih meneruskan sesuatu yang pastinya tidak pasti. Seharusnya mencari sisa sisa peluang yang ada untuk keluar dari belenggu kecelakaan ini....