26.11.09

3 bulan lepas nyaris2 terlanggar budak kecik,

sebulan lepas aku terlanggar biri2, tergolek dan

terus mati..

2 minggu lepas cermin belakang keta kampeni yg aku bwk pecah

kena serpihan batu dr org mesin rumput tu..

sengal punya MPKB...harap2 bulan ni xder apa yg berlaku.

dah 2 minggu dah turun site sbb hujan.

dah 2 minggu duk opis main internet...

27.8.09

Pokok

Bagaimana utk jadikan diri kita yg hina ini senantiasa bersedekah. Bkn utk dunia tp untuk bekalan di akhirat kelak. Makhluk bernama manusia hanya berkejar-kejar pada wang dan harta duniawi. Aku juga terkadang merasa begitu, sehingga terlupa pada tujuan asal aku dihidupkan. ini semua kerana lumrah kehidupan dialam ini yg menjurus pada duniawi..



http://15malaysia.com/films/the-tree/

20.5.09

Selamat Hari Guru.

Hari ini aku menghantar mesej pesanan ringkas pada bekas supervisor

dan pensyarah semata- mata ingin mengucapkan selamat hari guru..

entah mengapa hatiku tersentak dan aku merasakan pengorbanan

mereka terhadap ku amat berharga.. Ternyata aku telah diberi

semangat kembali untuk terus menggenggam ranting-ranting yang

kuharap membawa ke satu pintu yang mana dapat ku gapai

bunga-bunga kejayaan.. Agar dapat ku jadikan sebagai benih

untuk memulakan satu empayar.

17.3.09

Suara dari Dinding Kontena...

Inilah kali pertama aku menjalankan kerja2 pengukuran di tapak binaan..
terasa asing bagiku sebaik tiba disini..
asing kepada kerja2 disini..
asing kepada situasi kerja..
dan akhir sekali penuh dengan warga2 asing yang mencari nafkah di perantauan..
sesekali terdetik dari dalam sanubariku untuk pulang ke kampung halaman..
tetapi keadaan masih enggan membenarkan...
tampak satu laluan yang sukar dan perit bagiku untuk memulakan kareer..
sebagai Pegawai Ukur Binaan..
kuharap pengorbanan ini mengajar aku arti penghidupan...

26.2.09

Politik Islam

Semasa penjajah mencemarkan cengkamannya dan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, satu agenda yang diusahakan oleh mereka itu ialah melenyapkan apa yang disebut politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat islam, bahkan kalau dapat ibadat pun hendak dilenyapkannya. Tetapi oleh kerana usaha untuk melenyapkan Islam di peringkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik islam mereka lenyapkan perlahan-lahan, tetapi untuk dihapuskan habis-habisan dalam jangkamasa panjang....

Petikan 'Kemuncup Dalam Perjuangan' - TGNA

16.2.09

Hala Tuju

Biar mereka mencari hala tika berada dalam kesesatan.
Umpama kemuncup yang terlekat di kaki seluar sambil berlari kearah kegelapan.
Kemuncup itu tidak berganjak dari kain yang disulam menanti untuk disentap.
Mengapa masih meneruskan sesuatu yang pastinya tidak pasti.
Seharusnya mencari sisa sisa peluang yang ada untuk keluar dari belenggu kecelakaan ini....

18.12.08

Makkal Sakthi

Sagodre sagodre ale...
Ended at parliament influence by makkal sakthi. What is meant by makkal sakthi, in other word it means peoples power.Malay, chinese, indian, bajau and else putting their hope together in order to achive solidarity between others.